PROGRAM IHYA RAMADAN 1446H (TAHUN 2025) : PENGHAYATAN NUZUL AL-QURAN
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh rahmat, ampunan, dan keberkatan. Terdapat satu (1) peristiwa yang sangat bermakna berlaku pada bulan Ramadan bagi umat Islam, iaitu Nuzul Al Quran”. Bagi memperingati dan mengimarahkan lagi bulan Ramadan, Badan Kebajikan Islam (BKI) Sesi 2025/2026 sekali lagi menganjurkan Tazkirah ringkas berkenaan Penghayatan Nuzul Al Quran kepada semua Warga BKI JPBW yang disampaikan oleh Ustazah Normie Mat Yusof, Aktivitis. Aktiviti seterusnya Solat Berjemaah Waktu Zohor di Bilik Latihan JPBW,Tingkat 9, Blok A, Wisma Tun Fuad Stephens.