Kajian oleh World Health Organization (WHO) mendapati bahawa lebih 70% individu yang mengalami stres kerja tidak mendapatkan rawatan sewajarnya. Menurut Laporan Kesihatan Mental Malaysia (2023), stres, kebimbangan (anxiety) dan kemurungan (depression)
merupakan punca utama menurunnya produktiviti kerja dalam sektor awam dan swasta. Kumpulan Pelaksana Gred 29-36 sering berdepan dengan tekanan kerja yang tinggi, beban tugasan yang berat, serta cabaran keseimbangan kehidupan peribadi dan profesional. Tanpa pengurusan yang betul, stres ini boleh membawa kepada sindrom burnout yang mengurangkan keberkesanan kerja dan kualiti hidup. Kursus P.E.Ka Pengurusan Emosi dan Kemurungan ini direka khas untuk membantu peserta
mengenali, mengurus dan merawat stres secara berkesan menggunakan pendekatan NeuroLinguistic Programming (NLP) dan Creative Trauma Cleansing (CTC), teknik moden yang
terbukti membantu individu mengatasi cabaran emosi dengan lebih pantas dan berkesan.