Satu program Kunjungan Hormat dan Lawatan Sambil Belajar anjuran Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Negeri Sabah bersama Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah telah diadakan pada 28 April hingga 2 Mei 2025. Lawatan kerja ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Jamili Nais
Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah,YBhg. Datuk Jasmine Teo,Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah (UPEN),Tpr Augus Tamaning Pengarah JPBW,Puan Nekmah binti Abdullah,Pengarah Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN),Puan Ernywati Dewi Abas (Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN)
Antara lokasi yang dilawati termasuk institusi-institusi utama yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan bandar seperti PLANMalaysia@Pulau Pinang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah(MBMB).
Fokus utama lawatan ini adalah untuk memahami penggunaan teknologi dalam perancangan, dasar-dasar perancangan semasa, mekanisme pemantauan, serta strategi pembangunan mampan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan konteks pembangunan di Sabah. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memperluas pendedahan pegawai terhadap sistem dan prosedur perancangan di peringkat kebangsaan dan tempatan.