Delegasi diketuai oleh YBrs. Tn. Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, diiringi En. Clr. Mustafa bin Muhamad Baboo bersama Pegawai-Pegawai MBMB seramai 25 orang.
Kehadiran MBMB disambut mesra oleh Pn. Farida binti Ansawi, Timbalan Pengarah (Sektor Kawalan Pembangunan), dan Pegawai-Pegawai Perancang Bandar JPBW.
YBrs. Timbalan Perancang (Kawalan Pembangunan) turut memberikan taklimat perkongsian mengenai Sistem Perancangan dan Kawalan Pembangunan Negeri Sabah.
Sesi perkongsian tersebut memberi manfaat percambahan idea kepada kedua-dua belah pihak. Terima kasih MBMB sudi mengunjungi Negeri Sabah di bawah Bayu.
#SabahMajuJaya