Laman Utama / Info Jabatan / Bahagian Jabatan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan urusetia dan penyelaras fungsi jabatan yang meliputi urusan-urusan kakitangan, hal-hal kewangan jabatan, penyimpanan fail dan maklumat serta pentadbiran jabatan.

FUNGSI UTAMA

1. Mengurus hal ehwal kakitangan jabatan.

2. Menyelaras hal-ehwal kewangan dan akaun.

3. Memastikan operasi jabatan adalah selaras dengan prosedur piawaian dan garis panduan yang ditetapkan oleh perkhidmatan awam negeri.

Pegawai Tadbir

Puan Nurafizah Binti Ahmad Marif

Penolong Pegawai Tadbir

Puan Mariaty John Chuan

Penolong Akauntan

Puan Aslina Ismail

BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN KORPORAT

PERANAN

  1. Merancang dan menyediakan kajian penyelidikan/garis panduan/manual perancangan selaras dengan dasar pembangunan negeri serta prinsip perancangan dan amalan terbaik.
  2. Mengkaji semula memorandum, garis panduan perancangan bagi menyesuaikan dengan perubahan dasar dan keperluan semasa.
  3. Mengadakan sesi teach-in, expert talk, forum, rundingan meja bulat, seminar, bengkel dan sebagainya yang berkaitan dengan penyelidikan perancangan.
  4. Menerbitkan monograf, jurnal dan buletin penyelidikan perancangan.
  5. Mengurusetia mesyuarat bagi permohonan penukaran zon yang dikemukakan oleh PBT
  6. Menyemak dan mengkaji semula Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
  7. Menggubal, menyemak dan meminda Kaedah-kaedah Perancangan di bawah OPBD
  8. Memberi khidmat nasihat perundangan berkaitan hal-hal perancangan bandar dan desa
  9. Menghadiri pelbagai mesyuarat kajian teknikal yang diadakan oleh agensi/jabatan teknikal lain.
  10. Memastikan pelaksanaan terhadap dasar-dasar pengurusan di bawah Pelan Strategik Jabatan (PSJ) , Manual Prosedur Kerja dan sebagainya.
  11. Mengenalpasti, merancang dan melaksanakan kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam pelbagai program bagi kepentingan Jabatan.
  12. Merancang dan melaksanakan program latihan kepada kakitangan jabatan dan pelajar latihan industri.

UNIT KORPORAT DAN LATIHAN

Fungsi Utama

  1. Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan.
  2. Menyelaras dan memantau KPI Jabatan yang ditetapkan.
  3. Menjalankan tugas keurus-setiaan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan.
  4. Menyelaras urusan berkaitan dengan hal ehwal Dewan Undangan Negeri.
  5. Menyelaras dan mengurus sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia.
  6. Menyelaras aduan awam Jabatan.
  7. Menyediakan buletin Jabatan.
  8. Menyedia dan menyelaras Piagam Pelanggan serta Laporan Pencapaian Piagam Tahunan.
  9. Menyedia info korporat dan menyelaras info laman web dan media sosial Jabatan.
  10. Mengambil gambar dan video bagi aktiviti-aktiviti/program jabatan.
  11. Menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan.
  12. Menyelaras penyediaan taklimat, bahan-bahan cenderahati dan lawatan delegasi dalam dan luar negara di Jabatan.
  13. Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan program Jabatan.
  14. Mengenalpasti, merancang, mengurus program latihan tahunan bagi kakitangan Jabatan.
  15. Mengenalpasti, merancang dan mengurus program latihan kakitangan yang mengambil peperiksaan Jabatan.
  16. Mengenalpasti, merancang dan mengurus penyediaan kertas soalan peperiksaan jabatan.
  17. Menyelaras program latihan industri kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS.
  18. Menyelenggara laporan keberkesanan kursus yang dihadiri oleh kakitangan jabatan.
  19. Menghebahkan dan mengurus tawaran-tawaran kursus anjuran agensi kerajaan dan swasta.
  20. Mencetak sijil penyertaan & sijil penghargaan (peserta & penceramah) kursus yang dianjurkan.
  21. Melaksanakan program orentasi bagi anggota baharu dan pegawai pertukaran yang ditempatkan di Jabatan.

KETUA BAHAGIAN

TPr Carolyn C. Tay

BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN

PERANAN

    1. Memberi perkhidmatan kawalan perancangan selaras dengan kehendak Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, memorandum,garispanduan dan polisi semasa.
    2. Mengemaskini lapisan-lapisan data sistme maklumat geografi.

Fungsi Utama

    1. Memberikan ulasan teknikal permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    2. Memberikan ulasan teknikal permohonan pelan bangunan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    3. Memberikan ulasan teknikal berkaitan permohonan tanah:
      • Permohonan penukaran syarat tanah
      • Permohonan pembahagian tanah
      • Permohonan Tanah Kerajaan
    4. Memberikan ulasan EIA dan laporan-laporan teknikal yang lain.
    5. Menghadiri mesyuarat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Daerah.
    6. Membantu lapisan-lapisan data sistem maklumat geografi.
      • Maklumat yang diperolehi dari warta kerajaan bagi tujuan pengambilan tanah untuk maksud awam, tanah rizab Kerajaan dan pembatalan tanah rizab Kerajaan, tapak rizab kediaman anak negeri, warta utiliti atau kegunaan Kerajaan dan tapak rizab tapak perkuburan di bawah Seksyen 3, 28 dan 78 Ordinan Tanah Sabah.
      • Maklumat nama bagi taman perumahan, kawasan perniagaan dan kawasan perindustrian.
      • Maklumat syarat tanah.
    7. Menyediakan statistik pembangunan yang komited dan yang telah diberikan kelulusan kebenaran merancang. viii. Menyediakan maklumat bagi tujuan pengesahan zon tanah.
    8. Membantu mengemaskinikan maklumat gunatanah semasa.

KETUA BAHAGIAN

Puan Farida Ansawi

BAHAGIAN PERANCANGAN FIZIKAL

PERANAN

    1. Menyediakan Pelan Struktur (PS) bagi Kerajaan Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah di Wilayah Sabah.
    2. Menyediakan Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung dalam Pelan Struktur.
    3. Menyediakan perancangan bagi cadangan pelan induk (masterplan), pelan bandar/pekan baharu dan pelan susunatur.
    4. Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome ke atas Pelan Struktur, Skim Perancangan dan pelan perancangan yang telah diterimapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau diwartakan oleh kerajaan.
    5. Menyediakan anggaran belanjawan bagi penyediaan Pelan Struktur, Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) dan Pelan perancangan.
    6. Memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan penyediaan Pelan Strukur, Skim Perancangan dan pelan perancangan.
    7. Menghadiri pelbagai mesyuarat kajian teknikal yang berkaitan dengan dasar dan polisi Pelan Struktur dan Skim Perancangan.

UNIT PELAN STRUKTUR

Fungsi Utama

  1. Menyediakan dan mengkaji semula Pelan Struktur Sabah.
  2. Menyelaras dan memantau perlaksanaan Pelan Struktur Sabah.
  3. Memantau perlaksanaan dasar PSS
  4. Menyelaras dan memantau perubahan gunatanah mengikut klasifikasi PSS.
  5. Menyediakan kertas-kertas dasar, laporan dan kajian berkaitan dengan PSS.
  6. Mengurus sistem maklumat PSS
  7. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan PSS dan dasar-dasar yang berkaitan.
  8. Melaksanakan hebahan, rundingan dan publisiti mengenai PSS dan dasar-dasar yang berkaitan.
  9. Melaporkan kepada Majlis Perancang Negeri (MPN) berkaitan dengan penyediaan PSS, penilaian dan perlaksanaan PSS.
  10. Menjadi urusetia pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan hal-hal PSS.
  11. Menyelaras proses urusan bantahan awam dan pendengaran awam bagi penyediaan Pelan Struktur di bawah seksyen 4(D) OPBD.
  12. Menyediakan dan membuat permohonan anggaran belanjawan tahunan bagi penyediaan Kajian/Kajian semula Pelan Struktur.

UNIT SKIM PERANCANGAN | PELAN DAERAH & PELAN TEMPATAN

Fungsi Utama

  1. Menyediakan dan mengkaji semula Skim Perancangan (SP)
  2. Menyelaras dan memantau perlaksanaan Skim Perancangan.
  3. Memantau perlaksanaan dasar SP
  4. Menyelaras dan memantau perubahan gunatanah mengikut klasifikasi SP.
  5. Menyediakan kertas-kertas dasar, laporan dan kajian berkaitan dengan SP.
  6. Mengurus sistem maklumat SP.
  7. Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan SP dan dasar-dasar yang berkaitan.
  8. Melaksanakan hebahan, rundingan dan publisiti mengenai PS dan dasar-dasar yang berkaitan.
  9. Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan penyediaan SP, penilaian dan perlaksanaan SP.
  10. Menjadi urusetia pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan hal-hal SP.
  11. Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan penyediaan Skim Perancangan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 4 (2)(c) OPBD.
  12. Menyediakan dan membuat permohonan anggaran belanjawan tahunan bagi penyediaan Kajian/Kajian semula Skim Perancangan.

UNIT LUKISAN

Fungsi Utama

  1. Merancang, menyediakan dan mengkaji semula pelan perancangan (Pelan Induk, Pelan Bandar/Pekan Baharu, pelan susunatur dan sebagainya).
  2. Menyediakan laporan dan kajian pelan perancangan.
  3. Mengemaskini status perlaksanan rancangan dan pelan perancangan dari masa ke semasa.
  4. Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan penyediaan, penilaian dan perlaksanaan pelan perancangan.

KETUA BAHAGIAN

Danny Gaery F. Malinggi

BAHAGIAN SEKRETARIAT MAJLIS PERANCANG NEGERI

PERANAN

    1. Mengurus permohonan Interim Development Plan Approval (IDPA) di bawah seksyen 15, Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
    2. Mengurus permohonan perubahan secara matan (material change of use) bagi kegunaan tanah dan perubahan secara matan bagi kegunaan bangunan.
    3. Mengurus permohonan pindaan zon tanah di bawah seksyen 12(1)(b) Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
    4. Menyampaikan keputusan MPN bagi permohonan IDPA, permohonan perubahan matan bagi kegunaan tanah atau bangunan dan permohonan penukaran zon tanah.
    5. Menyampaikan keputusan, arahan dan rekomendasi oleh MPN ke Pihak Berkuasa Tempatan selaras dengan seksyen 4(2)(b) OPBD.
    6. Melaksanakan apa-apa tugas yang diwakilkan (delegate) oleh MPN selaras dengan seksyen 4(2)(a).
    7. Melaksanakan prosedur QuickFix bagi permohonan IDPA dan permohonan perubahan secara matan (material change of use) bagi kegunaan tanah dan perubahan secara matan bagi kegunaan bangunan.

UNIT SEKRETARIAT MAJLIS PERANCANG NEGERI

Fungsi Utama

      1. Menerima dan memproses permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan tanah dan bangunan, penukaran zon tanah dari Pihak Berkuasa Tempatan.
      2. Melaksanakan tanggungjawab sebagai Urusetia mesyuarat.
      3. Melaksanakan tindakan-tindakan Pra Mesyuarat seperti:-
        • Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat.
        • Membuat tempahan bilik mesyuarat.
        • Menentukan agenda mesyuarat (Perutusan
        • Pengerusi/Pendahuluan, Pengesahan Minit Mesyuarat,Perkara-perkara Berbangkit, Pembentangan Kertas kerja, Hal-hal Lain dan Penutup).
        • Menentukan senarai permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan gunatanah dan bangunan, penukaran zon tanah dan kertas kerja yang akan dibawa ke mesyuarat.
        • Menyediakan Nota Taklimat bagi permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan gunatanah dan bangunan, penukaran zon tanah dan kertas kerja yang akan dibawa ke mesyuarat.
        • Menyediakan Slaid Presentation bagi permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan gunatanah dan bangunan, penukaran zon tanah dan kertas kerja yang akan dibawa ke mesyuarat.
        • Menghantar surat/ emel jemputan mesyuarat dan agenda mesyuarat.
        • Memastikan persediaan kemudahan bilik mesyuarat (menyedikan senarai kehadiran mesyuarat,menyusun kedudukan ahli mesyuarat berdasarkan kekananan, memastikan sistem audio, komputer dan skrin disediakan dan berfungsi).
        • Meletakkan tanda nama (tagging) di atas meja mesyuarat.
     
    1. Melaksanakan tindakan-tindakan semasa Mesyuarat seperti:-
      • Menyemak kehadiran ahli mesyuarat
      • Membentang agenda mesyuarat dan kertas kerja
      • Mencatat minit mesyuarat
       
    2. Melaksanakan tindakan-tindakan selepas Mesyuarat seperti:-
      • Menyediakan draf minit mesyuarat untuk semakan Setiausaha MPN.
       
    3. Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli mesyuarat.
    4. Mendapatkan maklum balas dan status keputusan keputusan mesyuarat daripada ahli-ahli mesyuarat dalam tempoh 1 minggu.
    5. Menyediakan surat keputusan bagi minit mesyuarat yang telah diterima oleh ahli-ahli mesyuarat.
    6. Menyediakan surat pemakluman keputusan mesyuarat ke Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Juruperunding.

KETUA BAHAGIAN

Encik Jelwin Jeneral

BAHAGIAN MAKLUMAT GUNATANAH & ICT

PERANAN

  1. Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan data geospatial merangkumi maklumat guna tanah perancangan negeri
  2. Menyediakan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu Negeri.
  3. Memberi khidmat nasihat teknikal dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS
  4. Mengurus permohonan data geospatial di peringkat Jabatan kepada pengguna.
  5. Menyediakan Laporan Maklumat Gunatanah Negeri
  6. Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan.
  7. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Maklumat Gunatanah.
  8. Mengurus, mentadbir, membangun dan menambahbaik perkhidmatan ICT Jabatan
  9. Mengurus dan menyelaras pembangunan dan penambahbaikan sistem Electronic Planning Permission, Plan-Pro dan sistem-sistem yang lain.
  10. Menyediakan dan mengemukakan permohonan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan peningkatan perkhidmatan ICT.

UNIT MAKLUMAT GUNATANAH

Fungsi Utama

    1. Mengurus, mengumpul, menyimpan dan mengemaskini maklumat guna tanah perancangan serta pangkalan data geospatial Jabatan.
    2. Mengurus Sistem Maklumat Gunatanah Jabatan.
    3. Menguruskan kolaborasi data geospatial dengan agensi di peringkat Negeri.
    4. Membekalkan maklumat/data geospatial dan zon tanah kepada pengguna.
    5. Memberi khidmat nasihat teknikal geospatial dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS.

  • Menyelaras dan mengemaskini lapisan-lapisan data sistem maklumat geografi.
    1. Menyediakan statistik pembangunan yang komited dan yang telah diberikan kelulusan kebenaran merancang.
    2. Memantau dan mengemaskinikan kerja-kerja pengemaskinian lapisan-lapisan data sistem maklumat geografi di cawangan.
    3. Memproses dan mengemaskinikan permohonan perubahan matan bagi kegunaan tanah dan permohonan penukaran zon tanah yang diterima dari Bahagian Perancangan Fizikal, Majlis Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

    UNIT ICT

    Fungsi Utama

      1. Mengurus, mentadbir, membangun dan menambahbaik perkhidmatan ICT yang merangkumi keselamatan, perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan pangkalan data Jabatan.
      2. Menyediakan dan mengemukakan permohonan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan peningkatan perkhidmatan ICT di jabatan yang merangkumi keselamatan, perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan pangkalan data Jabatan.
      3. Mengurus, merancang, dan menyelenggara Sistem Rangkaian dan Pusat Data Jabatan.
      4. Merancang, Mengurus dan menyelaras
      5. Pengurusan Komputer
      6. Pengurusan Geran Perkakasan ICT
      7. Pengurusan Perisian
      8. Pengurusan Kad Jabatan
      9. Pengurusan Emel Jabatan
      10. Pengurusan Web Hosting
      11. Pengurusan TeleSidang
      12. Pengurusan Aduan ICT
      13. Pengurusan Sistem
      14. Mengurus dan meyelaras serta menambahbaik sistem PlanPro, sistem Electronic Planning Permission dan sistem-sistem lain.
      15. Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Jabatan.

    KETUA BAHAGIAN

    Encik Hor Sin Hong

    UNIT INTEGRITI

    PERANAN

      1. Memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh bagi membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

    Fungsi Utama

      1. Menjalankan tindakan pengesanan dan pengesahan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah.
      2. Menjalankan prosedur tindakan tatatertib bagi pegawai yang:
        • Tidak hadir bertugas tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan;
        • Tindakan meminda sijil cuti sakit atau mengemukakan sijil cuti sakit palsu;
        • Tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan (ponteng kerja);
        • Terlibat dengan kes jenayah;
        • Terlibat dengan kes dadah (perakuan pegawai perubatan kerajaan); dan
        • Menjalankan prosedur penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
      3. Mengenal pasti dan merangka program pengukuhan integriti;
      4. Penganjuran program pengukuhan integriti;
      5. Hebahan bahan-bahan sebaran cetakan/elektronik;
      6. Menjalankan pengurusan aduan;
      7. Menjalankan naziran integriti secara mengejut;
      8. Menjalankan kajian penarafan risiko;
      9. Menjalankan soal selidik integriti;
      10. Menyediakan Laporan Berkala SPRM; dan
      11. Menyelaras Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

    PEGAWAI INTEGRITI

    Puan Noraffinie Binti Norwen

    LOKASI

     

    Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah (JPBW) Blok B,

    Tingkat 3,4 & 5, KM 2.4, Jalan Tuaran, Karamunsing,

    88646 Kota Kinabalu, Sabah

    No Tel/ No Faks: 

    +6088 – 222031 | +6088 – 222336 | +6088 – 222337

     

    Emel: 

    JPBW@sabah.gov.my

    WAKTU PEJABAT

     

    • Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
    • Masa Bekerja: 8.00 am – 17:00 pm
    • Waktu Rehat: 13:00 – 14:00
    • Cuti: Sabtu , Ahad, dan Cuti Umum.
    SMJ-White

    “SABAH MAJU JAYA”

    Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah

    wpChatIcon
    wpChatIcon