Laman Utama / Sistem Perancangan di Sabah / Perundangan Perancangan

PERUNDANGAN PERANCANGAN

PENGENALAN

Sistem Perancangan Bandar di Sabah berasaskan kepada Town and Country Planning Ordinance (Sabah Cap. 141) ataupun dikenali sebagai Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Bab 141). Ordinan ini mulai dikuatkuasakan pada tahun 1950. Pada ketika itu, tampuk pemerintahan di Sabah (yang masih dikenali sebagai North Borneo) baru sahaja dialihkan kepada Kerajaan Britain setelah Perang Dunia Kedua tamat. Perang tersebut menyaksikan bandar-bandar utama di negeri ini pada ketika itu iaitu Jesselton dan Sandakan musnah akibat serangan udara. Oleh itu, sebagai usaha untuk membina semula penempatan yang musnah dan memastikan perancangan penempatan pada masa hadapan lebih terancang dan sistematik, Ordinan ini dirangka bagi memenuhi keperluan pembangunan fizikal Sabah sehingga ke hari ini.

Penubuhan Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Negeri Sabah (JPBW) juga adalah hasil daripada yang termaktub di dalam Ordinan ini. JPBW dipertanggungjawabkan memastikan pembangunan fizikal di negeri ini terancang, teratur dan seimbang.

HIRARKI PERANCANGAN DI SABAH

Secara amnya, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141) terbahagi kepada 8 bahagian yang kemudiannya dipecahkan lagi kepada 35 seksyen. Untuk mengetahui dan mendalami lebih lanjut, sila muatnaik Ordinan tersebut di bawah:

LOKASI

 

Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah (JPBW) Blok B,

Tingkat 3,4 & 5, KM 2.4, Jalan Tuaran, Karamunsing,

88646 Kota Kinabalu, Sabah

No Tel/ No Faks: 

+6088 – 222031 | +6088 – 222336 | +6088 – 222337

 

Emel: 

JPBW@sabah.gov.my

WAKTU PEJABAT

 

  • Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
  • Masa Bekerja: 8.00 am – 17:00 pm
  • Waktu Rehat: 13:00 – 14:00
  • Cuti: Sabtu , Ahad, dan Cuti Umum.
SMJ-White

“SABAH MAJU JAYA”

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah

wpChatIcon
wpChatIcon