Laman Utama / Info Jabatan / Sejarah Jabatan

SEJARAH JPBW

          Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah, atau dengan singkatannya JPBW telah ditubuhkan pada 2 Januari 1980 sebagai sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Sabah. Sebelum ini, badan yang bertanggungjawab dalam skop perancangan bandar dan desa di Sabah hanya merupakan salah satu unit di bawah seliaan Jabatan Tanah & Ukur sebelum dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan pada tarikh tersebut.

            Pada awalnya, ibu pejabat JPBW ditempatkan di bangunan asal Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar Sabah (LPPB), juga salah satu agensi yang kini bernaung di bawah kementerian sama. Pada tahun 1985, ibu pejabat JPBW telah berpindah ke bangunan Wisma Tun Fuad Stephens yang baru sahaja siap pembinaannya pada tahun yang sama. Lokasi ibu pejabat JPBW masih kekal di bangunan berkenaan sehingga kini.

         Penubuhan JPBW adalah berasaskan kepada Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141). Dengan hanya berkekuatan 21 staf sahaja pada awal penubuhan jabatan ini, kini jumlah staf bertambah sehingga hampir 100 orang. Semenjak penubuhan jabatan ini, tiga pejabat cawangan telah beroperasi iaitu di Sandakan, Tawau & Keningau bagi memberikan perkhidmatan perancangan bandar yang lebih menyeluruh di Sabah.

LOGO RASMI JPBW

3 Februari 2023

        Majlis Pelancaran Logo Baharu JPBW yang dirasmikan sendiri oleh Pengarah JPBW Tn Augus Tamaning. Turut hadir menyempurnakan majlis pelancaran ini Timbalan Pengarah (Fizikal) Pn Farida Ansawi, Timbalan Pengarah (Pembangunan) Pn Carolyn Tay dan para pegawai kakitangan JPBW.

LOKASI

 

Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah (JPBW) Blok B,

Tingkat 3,4 & 5, KM 2.4, Jalan Tuaran, Karamunsing,

88646 Kota Kinabalu, Sabah

No Tel/ No Faks: 

+6088 – 222031 | +6088 – 222336 | +6088 – 222337

 

Emel: 

JPBW@sabah.gov.my

WAKTU PEJABAT

 

  • Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
  • Masa Bekerja: 8.00 am – 17:00 pm
  • Waktu Rehat: 13:00 – 14:00
  • Cuti: Sabtu , Ahad, dan Cuti Umum.
SMJ-White

“SABAH MAJU JAYA”

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah

wpChatIcon
wpChatIcon