Laman Utama / Info Jabatan / Peranan & Bahagian Jabatan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PENGENALAN

Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran, kewangan, sumber manusia, perolehan, aset serta integriti jabatan bagi memastikan pengoperasian jabatan berjalan secara cekap, teratur, telus dan berakauntabiliti selaras dengan peraturan serta pekeliling yang berkuat kuasa.

FUNGSI UTAMA

  1. Mengurus perjawatan, perkhidmatan dan rekod perkhidmatan pegawai dan kakitangan jabatan.
  2. Mengurus urusan pelantikan, kenaikan pangkat, penilaian prestasi, cuti dan kebajikan pegawai.
  3. Mengurus perancangan, pengagihan dan pemantauan peruntukan kewangan jabatan.
  4. Mengurus perolehan kerajaan selaras dengan tatacara kewangan dan peraturan yang ditetapkan.
  5. Mengurus aset alih dan tak alih jabatan termasuk penyenggaraan dan pelupusan.
  6. Mengurus dokumentasi rasmi, rekod jabatan dan pengurusan fail.
  7. Menyelaras penyediaan laporan kewangan dan laporan pentadbiran berkala kepada pihak berkaitan.
  8. Mengurus kemudahan pejabat, logistik dan keperluan operasi harian jabatan.
  9. Menyelaras dan melaksanakan lawatan ke pejabat cawangan bagi tujuan pemantauan pentadbiran, penyelarasan prosedur, khidmat nasihat pengurusan serta memastikan pematuhan terhadap dasar dan garis panduan jabatan

Pegawai Tadbir

Encik Awang Samad Bin Kamin

Penolong Pegawai Tadbir

Puan Mariaty John Chuan

Penolong Akauntan

Encik Muhammad Khalid Bin Yunus

SEKTOR PERANCANG PEMBANGUNAN

Menyelaras, merangka dan memperkukuh hala tuju pembangunan fizikal Negeri Sabah melalui penyediaan dasar, dokumen perancangan, penyelidikan serta pengurusan sistem maklumat perancangan secara bersepadu di peringkat negeri.

    • Menentukan kerangka dasar dan hala tuju perancangan pembangunan fizikal negeri.
    • Menyelaras penyediaan, kajian semula dan pewartaan dokumen perancangan strategik negeri dan tempatan.
    • Memantau pelaksanaan dasar dan cadangan dalam Pelan Struktur dan Skim Perancangan di peringkat negeri.
    • Menyelaras penyediaan laporan strategik dan kertas dasar kepada Majlis Perancang Negeri serta Kerajaan Negeri.
    • Menyelaras pembangunan dan integrasi sistem maklumat gunatanah serta sistem digital perancangan.
    • Menilai keberkesanan dasar dan cadangan perancangan berdasarkan analisis data dan dapatan penyelidikan.
    • Menyelaras penambahbaikan garis panduan, manual dan kerangka perundangan perancangan.
    • Memastikan penyelarasan antara bahagian dalam sektor bagi menjamin konsistensi pelaksanaan dasar dan sistem.
    • Menjalankan lawatan tapak/kajian lapangan bagi tujuan penyediaan dan pelaksanaan projek.

PERANAN

    • Menyediakan Pelan Struktur (PS) bagi Kerajaan Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah di Wilayah Sabah.
    • Menyediakan Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung dalam Pelan Struktur.
    • Menyediakan perancangan bagi cadangan pelan induk (masterplan), pelan bandar/pekan baharu dan  pelan susunatur.
    • Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome ke atas Pelan Struktur, Skim Perancangan dan pelan perancangan yang telah diterimapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau diwartakan oleh kerajaan.
    • Menyediakan anggaran belanjawan bagi penyediaan Pelan Struktur, Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) dan Pelan perancangan.
    • Memberi khidmat nasihat kepada Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan penyediaan Pelan Strukur, Skim Perancangan dan pelan perancangan.
    • Menghadiri pelbagai mesyuarat kajian teknikal yang berkaitan dengan dasar dan polisi Pelan Struktur dan Skim Perancangan.
    • Melaksanakan lawatan tapak/kajian lapangan untuk mengumpul data primer termasuk keadaan fizikal, guna tanah, corak pembangunan, serta sosio-ekonomi di kawasan tapak.

FUNGSI

Unit Pelan Struktur
    • Menyediakan dan mengkaji semula Pelan Struktur Sabah.
    • Menyelaras dan memantau perlaksanaan Pelan Struktur Sabah.
    • Memantau perlaksanaan dasar Pelan Struktur Sabah.
    • Menyelaras dan memantau perubahan gunatanah mengikut klasifikasi Pelan Struktur Sabah.
    • Menyediakan kertas-kertas dasar, laporan dan kajian berkaitan dengan Pelan Struktur Sabah.
    • Mengurus sistem maklumat Pelan Struktur Sabah.
    • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan Pelan Struktur Sabah dan dasar-dasar yang berkaitan.
    • Melaksanakan hebahan, rundingan dan publisiti mengenai Pelan Struktur Sabah dan dasar-dasar yang berkaitan.
    • Melaporkan kepada Majlis Perancang Negeri (MPN) berkaitan dengan penyediaan Pelan Struktur Sabah, penilaian dan perlaksanaan Pelan Struktur Sabah.
    • Menjadi urusetia pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan hal-hal Pelan Struktur Sabah.
    • Menyelaras proses urusan bantahan awam dan pendengaran awam bagi penyediaan Pelan Struktur di bawah seksyen 4(D) OPBD.
    • Menyediakan dan membuat permohonan anggaran belanjawan tahunan bagi penyediaan Kajian/Kajian semula Pelan Struktur.
    • Melaksanakan lawatan tapak untuk memeriksa kesesuaian zon dalam penyediaan dan pengemaskinian Pelan Struktur Sabah.

Unit Pelan Struktur
    • Menyediakan dan mengkaji semula Skim Perancangan (SP).
    • Menyelaras dan memantau perlaksanaan Skim Perancangan.
    • Memantau perlaksanaan dasar Skim Perancangan.
    • Menyelaras dan memantau perubahan gunatanah mengikut klasifikasi Skim Perancangan.
    • Menyediakan kertas-kertas dasar, laporan dan kajian berkaitan dengan Skim Perancangan.
    • Mengurus sistem maklumat SP.
    • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan Skim Perancangan dan dasar-dasar yang berkaitan.
    • Melaksanakan hebahan, rundingan dan publisiti mengenai Skim Perancangan dan dasar-dasar yang berkaitan.
    • Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan penyediaan Skim Perancangan, penilaian dan perlaksanaan Skim Perancangan.
    • Menjadi urusetia pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan hal-hal Skim Perancangan.
    • Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan penyediaan Skim Perancangan seperti yang dinyatakan dalam seksyen 4 (2)(c) OPBD.
    • Menyediakan dan membuat permohonan anggaran belanjawan tahunan bagi penyediaan Kajian/Kajian semula Skim Perancangan.
    • Melaksanakan lawatan tapak untuk menyelaras dan mengemaskini zon dan juga perubahan sempadan yang terlibat di dalam Skim Perancangan.

PERANAN

    • Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan data geospatial merangkumi maklumat guna tanah perancangan negeri.
    • Menyediakan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu Negeri.
    • Memberi khidmat nasihat teknikal dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS.
    • Mengurus   permohonan data geospatial di peringkat Jabatan kepada pengguna.
    • Menyediakan Laporan Maklumat Gunatanah Negeri.
    • Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan.
    • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Maklumat Gunatanah.
    • Mengurus, mentadbir, membangun dan menambahbaik perkhidmatan ICT Jabatan.
    • Mengurus dan menyelaras pembangunan dan penambahbaikan sistem Electronic Planning Permission, Plan-Pro dan sistem-sistem yang lain.
    • Menyediakan dan mengemukakan permohonan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan peningkatan perkhidmatan ICT.
    • Melaksanakan lawatan tapak /kajian lapangan untuk mengumpul dan mengesahkan data guna tanah sebenar, termasuk sempadan lot, jenis tanah, pembangunan semasa dan status pemilikan bagi menyokong sistem maklumat geografi (GIS) dan pangkalan data jabatan.

FUNGSI

Unit Maklumat Gunatanah

    • Mengurus, mengumpul, menyimpan  dan mengemaskini maklumat guna tanah perancangan serta pangkalan data geospatial Jabatan.
    • Mengurus Sistem Maklumat Gunatanah Jabatan.
    • Menguruskan kolaborasi data geospatial dengan agensi di peringkat Negeri.
    • Membekalkan maklumat/data geospatial dan zon tanah kepada pengguna.
    • Memberi khidmat nasihat teknikal geospatial dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS.
    • Menyelaras dan mengemaskini lapisan-lapisan data sistem maklumat geografi.
    • Menyediakan statistik pembangunan yang komited dan yang telah diberikan kelulusan kebenaran merancang.
    • Memantau dan mengemaskinikan kerja-kerja pengemaskinian lapisan-lapisan data sistem maklumat geografi di cawangan.
    • Memproses dan mengemaskinikan permohonan perubahan matan bagi kegunaan tanah dan permohonan penukaran zon tanah yang diterima dari Bahagian Perancangan Fizikal, Majlis Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Melaksanakan lawatan tapak/kajian lapangan untuk mengumpul dan mengesahkan data guna tanah sebenar, termasuk sempadan lot, jenis tanah, pembangunan semasa dan status pemilikan bagi menyokong sistem maklumat geografi (GIS) dan pangkalan data jabatan.

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

    • Mengurus, mentadbir, membangun dan menambahbaik perkhidmatan ICT yang merangkumi keselamatan, perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan pangkalan data Jabatan.
    • Menyediakan dan mengemukakan permohonan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan peningkatan perkhidmatan ICT di jabatan yang merangkumi keselamatan, perkakasan, perisian, sistem aplikasi dan pangkalan data Jabatan.
    • Mengurus, merancang, dan menyelenggara Sistem Rangkaian dan Pusat Data Jabatan.
    • Merancang, Mengurus dan menyelaras:
      • Pengurusan Komputer
      • Pengurusan Geran Perkakasan ICT
      • Pengurusan Perisian
      • Pengurusan Kad Jabatan
      • Pengurusan Emel Jabatan
      • Pengurusan Web Hosting
      • Pengurusan TeleSidang
      • Pengurusan Aduan ICT
      • Pengurusan Sistem
    • Mengurus dan meyelaras serta menambahbaik  sistem PlanPro,  sistem Electronic Planning Permission dan sistem-sistem lain.
    • Melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Jabatan.

PERANAN

    • Merancang dan menyediakan kajian penyelidikan/garis panduan/manual perancangan selaras dengan dasar pembangunan negeri serta  prinsip perancangan dan amalan terbaik.
    • Mengkaji semula memorandum, garis panduan perancangan bagi menyesuaikan dengan perubahan dasar dan keperluan semasa.
    • Mengadakan sesi teach-in, expert talk, forum, rundingan meja bulat, seminar, bengkel dan sebagainya yang berkaitan dengan penyelidikan perancangan.
    • Menerbitkan monograf, jurnal dan buletin penyelidikan perancangan.
    • Mengurusetia mesyuarat bagi permohonan penukaran zon yang dikemukakan oleh PBT.
    • Menyemak dan mengkaji semula Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
    • Menggubal, menyemak dan meminda Kaedah-kaedah Perancangan di bawah OPBD.
    • Memberi khidmat nasihat perundangan berkaitan hal-hal perancangan bandar dan desa.
    • Menghadiri pelbagai mesyuarat kajian teknikal yang diadakan oleh agensi/jabatan teknikal lain.
    • Melaksanakan lawatan tapak untuk mendapatkan data primer secara langsung daripada lokasi tapak bagi tujuan penyediaan dan pengemaskinian gunatanah semasa serta penyediaan manual pembangunan di negeri Sabah.

FUNGSI

    • Menjalankan penyelidikan terhadap dasar-dasar dan aspek perundangan berkaitan dengan perancangan guna tanah, iaitu merangkumi aspek perumahan, perniagaan, industri, kemudahan masyarakat, pengangkutan, infrastruktur, utiliti dan sebagainya.
    • Menyedia, memantau dan menyemak semula memorandum, garis panduan perancangan bagi menyesuaikan dengan perubahan dasar dan keperluan semasa.
    • Bertanggungjawab dalam penerbitan dan dokumentasi produk-produk penyelidikan Bahagian.
    • Menyemak dan mengkaji semula Ordinan Perancang Bandar dan Desa (OPBD) dan Kaedah-Kaedah Perancangan.
    • Melaksanakan lawatan tapak untuk mendapatkan data primer secara langsung daripada lokasi tapak bagi tujuan penyediaan dan pengemaskinian gunatanah semasa serta penyediaan manual pembangunan di negeri Sabah.

PERANAN

    • Merancang, mengurus dan menyelaras pembangunan data geospatial merangkumi maklumat guna tanah perancangan negeri.
    • Menyediakan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu Negeri.
    • Memberi khidmat nasihat teknikal dan latihan yang berkaitan geospatial/GIS.
    • Mengurus   permohonan data geospatial di peringkat Jabatan kepada pengguna.
    • Menyediakan Laporan Maklumat Gunatanah Negeri.
    • Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pelaksanaan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan.
    • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Maklumat Gunatanah.
    • Mengurus, mentadbir, membangun dan menambahbaik perkhidmatan ICT Jabatan.
    • Mengurus dan menyelaras pembangunan dan penambahbaikan sistem Electronic Planning Permission, Plan-Pro dan sistem-sistem yang lain.
    • Menyediakan dan mengemukakan permohonan belanjawan bagi tujuan pembangunan dan peningkatan perkhidmatan ICT.
    • Melaksanakan lawatan tapak /kajian lapangan untuk mengumpul dan mengesahkan data guna tanah sebenar, termasuk sempadan lot, jenis tanah, pembangunan semasa dan status pemilikan bagi menyokong sistem maklumat geografi (GIS) dan pangkalan data jabatan.

FUNGSI

    • Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan.
    • Menyelaras dan memantau KPI Jabatan yang ditetapkan.
    • Menjalankan tugas keurus-setiaan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan.
    • Menyelaras urusan berkaitan dengan hal ehwal Dewan Undangan Negeri.
    • Menyelaras dan mengurus sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia.
    • Menyelaras aduan awam Jabatan.
    • Menyediakan buletin Jabatan.
    • Menyedia dan menyelaras Piagam Pelanggan serta Laporan Pencapaian Piagam Tahunan.
    • Menyedia info korporat dan menyelaras info laman web dan media sosial Jabatan.
    • Mengambil gambar dan video bagi aktiviti-aktiviti/program jabatan.
    • Menyelaras dan melaksanakan kajian kepuasan pelanggan.
    • Menyelaras penyediaan taklimat, bahan-bahan cenderahati dan lawatan delegasi dalam dan luar negara di Jabatan.
    • Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan program Jabatan.
    • Mengenalpasti, merancang, mengurus program latihan tahunan bagi kakitangan Jabatan.
    • Mengenalpasti, merancang dan mengurus program latihan kakitangan yang mengambil peperiksaan Jabatan.
    • Mengenalpasti, merancang dan mengurus penyediaan kertas soalan peperiksaan jabatan.
    • Menyelaras program latihan industri kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS.
    • Menyelenggara laporan keberkesanan kursus yang dihadiri oleh kakitangan jabatan.
    • Menghebahkan dan mengurus tawaran-tawaran kursus anjuran agensi kerajaan dan swasta.
    • Mencetak sijil penyertaan & sijil penghargaan (peserta & penceramah) kursus yang dianjurkan.
    • Melaksanakan program orentasi bagi anggota baharu dan pegawai pertukaran yang ditempatkan di Jabatan.
    • Melaksanakan lawatan tapak bagi tujuan latihan kursus untuk pelajar-pelajar IPTA dan IPTS.

KETUA SEKTOR

TPr Carolyn C. Tay

Menyelaras, memantau dan memperkukuh pelaksanaan fungsi kawalan pembangunan negeri melalui penyediaan kerangka teknikal, penyelarasan antara bahagian zon serta pemantauan pematuhan terhadap dasar dan zon guna tanah.

    • Menetapkan garis panduan teknikal dan standard ulasan perancangan bagi memastikan keseragaman pelaksanaan di semua bahagian zon.
    • Menyelaras dan memantau pelaksanaan fungsi kawalan pembangunan di seluruh negeri.
    • Menyemak dan menyelaras maklum balas teknikal sebelum dikemukakan kepada Majlis Perancang Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan, jika berkaitan.
    • Menyediakan analisis dan laporan prestasi kawalan pembangunan di peringkat negeri.
    • Menyelaras statistik kelulusan dan pembangunan komited secara agregat negeri.
    • Menilai isu-isu dasar dan keselarasan zon guna tanah yang timbul daripada pelaksanaan di peringkat zon.
    • Menyelaras penambahbaikan prosedur kerja kawalan pembangunan dari semasa ke semasa.

PERANAN

    • Meliputi daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan dan Tuaran
    • Memberi perkhidmatan kawalan perancangan selaras dengan kehendak Ordinan Perancangan Bandar dan Desa, memorandum,garispanduan dan polisi semasa.
    • Mengemaskini lapisan-lapisan data sistem maklumat geografi.
    • Menjalankan lawatan tapak/ kajian lapangan untuk memastikan pembangunan sedia ada dan cadangan pembangunan baharu mematuhi syarat kelulusan perancangan, peraturan tempatan, dan Manual/Memorandum pembangunan yang ditetapkan.

FUNGSI

    • Memberikan ulasan teknikal permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Memberikan ulasan teknikal permohonan pelan bangunan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
    • Memberikan ulasan teknikal berkaitan permohonan tanah:
    • Permohonan penukaran syarat tanah
    • Permohonan pembahagian tanah
    • Permohonan Tanah Kerajaan
    • Memberikan ulasan EIA dan laporan-laporan teknikal yang lain.
    • Menghadiri mesyuarat di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Daerah.
    • Membantu menyediakan lapisan-lapisan data sistem maklumat geografi:
    • Maklumat yang diperolehi dari warta kerajaan bagi tujuan pengambilan tanah untuk maksud awam, tanah rizab Kerajaan dan pembatalan tanah rizab Kerajaan, tapak rizab kediaman anak negeri, warta utiliti atau kegunaan Kerajaan dan tapak rizab tapak perkuburan di bawah Seksyen 3, 28 dan 78 Ordinan Tanah Sabah.
    • Maklumat nama bagi taman perumahan, kawasan perniagaan dan kawasan perindustrian.
    • Maklumat syarat tanah.
    • Menyediakan statistik pembangunan yang komited dan yang telah diberikan kelulusan kebenaran merancang.
    • Menyediakan maklumat bagi tujuan pengesahan zon tanah.
    • Membantu mengemaskinikan maklumat gunatanah semasa dan melaksanakan lawatan tapak.

    • Meliputi daerah Kuala Penyu, Beaufort, Membakut dan Papar

    • Meliputi Daerah Sandakan, Telupid, Labuk & Sugut, Kinabatangan, Tongod dan Paitan

    • Meliputi daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak, Kalabakan.

KETUA BAHAGIAN

Puan Farida Ansawi

BAHAGIAN SEKRETARIAT MAJLIS PERANCANG NEGERI

PERANAN

    1. Mengurus permohonan Interim Development Plan Approval (IDPA) di bawah seksyen 15, Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
    2. Mengurus permohonan perubahan secara matan (material change of use) bagi kegunaan tanah dan perubahan secara matan bagi kegunaan bangunan.
    3. Mengurus permohonan pindaan zon tanah di bawah seksyen 12(1)(b) Ordinan Perancang Bandar dan Desa.
    4. Menyampaikan keputusan MPN bagi permohonan IDPA, permohonan perubahan matan bagi kegunaan tanah atau bangunan dan permohonan penukaran zon tanah.
    5. Menyampaikan keputusan, arahan dan rekomendasi oleh MPN ke Pihak Berkuasa Tempatan selaras dengan seksyen 4(2)(b) OPBD.
    6. Melaksanakan apa-apa tugas yang diwakilkan (delegate) oleh MPN selaras dengan seksyen 4(2)(a).
    7. Melaksanakan prosedur QuickFix bagi permohonan IDPA dan permohonan perubahan secara matan (material change of use) bagi kegunaan tanah dan perubahan secara matan bagi kegunaan bangunan.

UNIT SEKRETARIAT MAJLIS PERANCANG NEGERI

Fungsi Utama

      1. Menerima dan memproses permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan tanah dan bangunan, penukaran zon tanah dari Pihak Berkuasa Tempatan.
      2. Melaksanakan tanggungjawab sebagai Urusetia mesyuarat.
      3. Melaksanakan tindakan-tindakan Pra Mesyuarat seperti:-
        • Menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat.
        • Membuat tempahan bilik mesyuarat.
        • Menentukan agenda mesyuarat (Perutusan
        • Pengerusi/Pendahuluan, Pengesahan Minit Mesyuarat,Perkara-perkara Berbangkit, Pembentangan Kertas kerja, Hal-hal Lain dan Penutup).
        • Menentukan senarai permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan gunatanah dan bangunan, penukaran zon tanah dan kertas kerja yang akan dibawa ke mesyuarat.
        • Menyediakan Nota Taklimat bagi permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan gunatanah dan bangunan, penukaran zon tanah dan kertas kerja yang akan dibawa ke mesyuarat.
        • Menyediakan Slaid Presentation bagi permohonan Interim Development Plan (IDP), permohonan perubahan matan gunatanah dan bangunan, penukaran zon tanah dan kertas kerja yang akan dibawa ke mesyuarat.
        • Menghantar surat/ emel jemputan mesyuarat dan agenda mesyuarat.
        • Memastikan persediaan kemudahan bilik mesyuarat (menyedikan senarai kehadiran mesyuarat,menyusun kedudukan ahli mesyuarat berdasarkan kekananan, memastikan sistem audio, komputer dan skrin disediakan dan berfungsi).
        • Meletakkan tanda nama (tagging) di atas meja mesyuarat.
     
    1. Melaksanakan tindakan-tindakan semasa Mesyuarat seperti:-
      • Menyemak kehadiran ahli mesyuarat
      • Membentang agenda mesyuarat dan kertas kerja
      • Mencatat minit mesyuarat
       
    2. Melaksanakan tindakan-tindakan selepas Mesyuarat seperti:-
      • Menyediakan draf minit mesyuarat untuk semakan Setiausaha MPN.
       
    3. Mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli mesyuarat.
    4. Mendapatkan maklum balas dan status keputusan keputusan mesyuarat daripada ahli-ahli mesyuarat dalam tempoh 1 minggu.
    5. Menyediakan surat keputusan bagi minit mesyuarat yang telah diterima oleh ahli-ahli mesyuarat.
    6. Menyediakan surat pemakluman keputusan mesyuarat ke Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Juruperunding.

KETUA BAHAGIAN

Encik Jelwin Jeneral

KETUA BAHAGIAN

Danny Gaery F. Malinggi

UNIT INTEGRITI

PERANAN

    1. Memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh bagi membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

Fungsi Utama

    1. Menjalankan tindakan pengesanan dan pengesahan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah.
    2. Menjalankan prosedur tindakan tatatertib bagi pegawai yang:
      • Tidak hadir bertugas tujuh (7) hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan;
      • Tindakan meminda sijil cuti sakit atau mengemukakan sijil cuti sakit palsu;
      • Tidak hadir bertugas pada masa dan tempat yang ditetapkan (ponteng kerja);
      • Terlibat dengan kes jenayah;
      • Terlibat dengan kes dadah (perakuan pegawai perubatan kerajaan); dan
      • Menjalankan prosedur penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
    3. Mengenal pasti dan merangka program pengukuhan integriti;
    4. Penganjuran program pengukuhan integriti;
    5. Hebahan bahan-bahan sebaran cetakan/elektronik;
    6. Menjalankan pengurusan aduan;
    7. Menjalankan naziran integriti secara mengejut;
    8. Menjalankan kajian penarafan risiko;
    9. Menjalankan soal selidik integriti;
    10. Menyediakan Laporan Berkala SPRM; dan
    11. Menyelaras Pelan Antirasuah Organisasi (OACP).

PEGAWAI INTEGRITI

Puan Noraffinie Binti Norwen

LOKASI

Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah (JPBW) Blok B,

Tingkat 3,4 & 5, KM 2.4, Jalan Tuaran, Karamunsing,

88646 Kota Kinabalu, Sabah

No Tel/ No Faks: 

+6088 – 222031 | +6088 – 222336 | +6088 – 222337

Emel: 

JPBW@sabah.gov.my

WAKTU PEJABAT

  • Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
  • Masa Bekerja: 8.00 am – 17:00 pm
  • Waktu Rehat: 13:00 – 14:00
  • Cuti: Sabtu , Ahad, dan Cuti Umum.
SMJ-White

“SABAH MAJU JAYA”

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content