Laman Utama / Info Jabatan / Peranan & Bahagian Jabatan

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan urusetia dan penyelaras fungsi jabatan yang meliputi urusan-urusan kakitangan, hal-hal kewangan jabatan, penyimpanan fail dan maklumat, pentadbiran jabatan serta pengurusan Unit Integriti.

SENARAI FUNGSI

NEGERI

DAERAH

TEMPATAN

SENARAI FUNGSI

Unit Pentadbiran
  1. Mengurus pentadbiran am jabatan termasuk surat menyurat, pemfailan dan logistik
  2. Menyelaras pengurusan sumber manusia termasuk cuti, rekod kehadiran, fail peribadi kakitangan.
  3. Mengurus penyelenggaraan aset jabatan dan kemudahan pejabat
  4. Menyelaras pelaksanaan program dalaman dan luar jabatan.
  1. Mengurus hal ehwal berkaitan pematuhan integriti dalam jabatan.
  2. Menyelaras pelaksanaan tadbir urus yang baik, budaya kerja berintegriti dan nilai profesionalisme.
  3. Menerima dan menyiasat aduan salah laku atau pelanggaran etika di bawah bimbingan Pegawai Integriti.
  4. Memberi khidmat nasihat berkaitan etika dan integriti kepada warga jabatan di bawah bimbingan Pegawai Integriti.
  1. Menyediakan bajet jabatan secara tahunan
  2. Mengurus perbelanjaan, pembayaran bil dan tuntutan elaun kakitangan.
  3. Memastikan semua transaksi kewangan mematuhi peraturan semasa.
  4. Menyediakan laporan kewangan dan penyata perbelanjaan kepada pengurusan.

Pegawai Tadbir

Encik Awang Samad Bin Kamin

Penolong Pegawai Tadbir

Puan Mariaty John Chuan

Penolong Akauntan

Encik Muhammad Khalid Bin Yunus

SEKTOR PERANCANG PEMBANGUNAN

Menyelaras, merangka dan memperkukuh hala tuju pembangunan fizikal Negeri Sabah melalui penyediaan dasar, dokumen perancangan, penyelidikan serta pengurusan sistem maklumat perancangan secara bersepadu di peringkat negeri.

    • Menentukan kerangka dasar dan hala tuju perancangan pembangunan fizikal negeri.
    • Menyelaras penyediaan, kajian semula dan pewartaan dokumen perancangan strategik negeri dan tempatan.
    • Memantau pelaksanaan dasar dan cadangan dalam Pelan Struktur dan Skim Perancangan di peringkat negeri.
    • Menyelaras penyediaan laporan strategik dan kertas dasar kepada Majlis Perancang Negeri serta Kerajaan Negeri.
    • Menyelaras pembangunan dan integrasi sistem maklumat gunatanah serta sistem digital perancangan.
    • Menilai keberkesanan dasar dan cadangan perancangan berdasarkan analisis data dan dapatan penyelidikan.
    • Menyelaras penambahbaikan garis panduan, manual dan kerangka perundangan perancangan.
    • Memastikan penyelarasan antara bahagian dalam sektor bagi menjamin konsistensi pelaksanaan dasar dan sistem.
    • Menjalankan lawatan tapak/kajian lapangan bagi tujuan penyediaan dan pelaksanaan projek.

BAHAGIAN PELAN STRATEGIK

PENGENALAN

Memperkukuh sistem pembangunan fizikal melalui data spatial menyeluruh  bagi memastikan perancangan berkualiti dan terancang selaras dengan  matlamat negeri.

SENARAI FUNGSI

NEGERI

Menyediakan Pelan Struktur Negeri (PSN) bagi kerajaan Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan guna tanah di Wilayah Sabah.

DAERAH

Menyediakan Skim Perancangan iaitu Pelan Daerah untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan pembangunan meliputi satu Daerah.

TEMPATAN

Menyediakan Skim Perancangan iaitu Pelan Tempatan untuk dijadikan paduan strategik mengenai pemajuan dan pembangunan dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

SENARAI FUNGSI

Unit Skim Perancangan

Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan keperluan penyediaan Skim Perancangan selaras Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

Menyedia dan mengkaji semula Skim Perancangan (SP) di bawah Seksyen 6, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141).

Membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tindakan terhadap penyelarasan semula Skim Perancangan di bawah Seksyen 6(5), Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

Membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam proses urusan publisiti awam dan bantahan bagi penyediaan skim perancangan di bawah seksyen 7, Ordinan Sabah Cap.141.

Membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam proses pewartaan skim peracangan di bawah seksyen 6, 7 dan 10, Sabah Cap.141.

Menyediakan Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4C, Ordinan Sabah Cap.141.

Menyelaras, memantau dan membuat pindaan terhadap Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4F, Ordinan Sabah Cap.141.

Mengurus proses urusan publisiti awam dan bantahan awam bagi penyediaan Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4(d), Ordinan Sabah Cap.141.

Mengurus proses pewartaan Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4E, Ordinan Sabah Cap.141.

Ketua Bahagian

Encik Leon Luiz Lakim

BAHAGIAN MAKLUMAT GUNATANAH DAN ICT

PENGENALAN

Mentadbir urus pembangunan data geospatial guna tanah merangkumi perancangan bandar bagi seluruh Negeri Sabah ke arah sistem maklumat guna tanah bersepadu dan mengurus pengendalian infrastruktur perkhidmatan ICT  jabatan selaras dengan saranan kerajaan negeri iaitu penyampaian.

SENARAI FUNGSI

NEGERI

Membangun data geospatial dan guna tanah semasa bagi seluruh Negeri Sabah.

DAERAH

Membangun data-data geospatial perancangan komited dan lain-lain maklumat yang berkaitan.

TEMPATAN

Mengurus keperluan perkakasan dan perisian ICT, pembangunan sistem dan penyelenggaraan peralatan ICT Jabatan.

SENARAI FUNGSI

Unit Maklumat Gunatanah

1.

Mengurus dan mengemaskini data guna tanah serta pangkalan data geospatial Jabatan.

2.

Mentadbir Sistem Maklumat Guna Tanah dan lapisan data GIS Jabatan.

Menyelaras perkongsian dan kolaborasi data geospatial dengan agensi berkaitan.

3.

Membekalkan maklumat guna tanah, zon tanah dan data geospatial kepada pengguna.

4.

Menyediakan statistik pembangunan, analisis spatial dan khidmat nasihat teknikal GIS.

5.

Melaksanakan kajian lapangan bagi pengesahan dan pengemaskinian data guna tanah.

1.

Mengurus dan menambah baik perkhidmatan ICT Jabatan merangkumi perkakasan, perisian, aplikasi dan pangkalan data.

2.

Menyelaras keperluan belanjawan, perolehan dan penyelenggaraan ICT Jabatan.

3.

Mengurus sokongan teknikal, aduan ICT, emel, web hosting, peralatan dan perkhidmatan pengguna.

4.

Menyelaras pembangunan, penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem aplikasi Jabatan.

5.

Mengurus tadbir keselamatan ICT, akses sistem dan pematuhan pelaksanaan ICT Jabatan.

6.

Melaksanakan penyelarasan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Jabatan.

Ketua Bahagian

Encik Hor Sin Hong

BAHAGIAN PENYELIDIKAN

PENGENALAN

Menjalankan kajian penyelidikan dan mengemaskini peruntukan undang-undang Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan keperluan releven semasa bagi memastikan pelaksanaan pembangunan perancangan bandar di Negeri Sabah sentiasa efektif.

SENARAI FUNGSI

NEGERI

Mengemaskini peruntukan undang-undang Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan keperluan semasa.

DAERAH

Mengemaskini peruntukan undang-undang Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan keperluan semasa.

TEMPATAN

Menyelaras pengurusan kualiti dan rangka kerja korporat Jabatan serta pengendalian peningkatan kompetensi profesion Perancang Bandar

SENARAI FUNGSI

Unit Penyelidikan

1. 

Menjalankan kajian penyelidikan melibatkan dasar-dasar perundangan dan aspek-aspek keperluan teknikal berkaitan dengan perancangan dan pembangunan guna tanah.

2. 

Mengkaji semula dokumen memorandum, garis panduan, manual dan piawaian perancangan selaras dengan keperluan semasa.

3. 

Mengemaskini peruntukan undang-undang dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan relevan peruntukan undang-undang terkini.

4. 

Menggubal dan meminda kaedah-kaedah perancangan yang termaktub dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

1.

Merangka pelaksanaan kajian berkaitan dengan bandar mampan, bandar selamat, bandar rendah karbon, bandar pintar dan bandar hijau.

2.

Menyediakan dokumen manual dan garis panduan berkaitan dengan konsep perancangan bandar berdasarkan penemuan penyelidikan yang telah dilaksanakan.

3.

Melaksana inisiatif-inisiatif program melibatkan penentuan indikator dan kriteria bagi kemapanan bandar seperti mengadakan kajian perintis bandar mampan dalam Negeri Sabah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ketua Bahagian

Encik Melfeond Joe Micheal

BAHAGIAN LATIHAN

PENGENALAN

Merancang, menyelaras, dan melaksana program pembangunan kapasiti   serta  kompetensi. Ia memastikan setiap penjawat awam dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan, dan sikap profesional yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan awam yang cemerlang dan berkesan.

SENARAI FUNGSI

NEGERI

DAERAH

TEMPATAN

Membangunkan kompetensi, kemahiran dan profesionalisme anggota organisasi melalui perancangan serta pelaksanaan program latihan.

SENARAI FUNGSI

Unit Latihan

1.

Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan.

 

2.

Mengambil gambar dan video bagi aktiviti-aktiviti/program jabatan.

3.

Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan program jabatan.

4.

· Mengenal pasti, merancang, mengurus program latihan tahunan bagi kakitangan jabatan.

5.

Mengenal pasti, merancang dan mengurus program latihan kakitangan yang mengambil peperiksaan jabatan.

6.

Mengenal pasti, merancang dan mengurus penyediaan kertas soalan peperiksaan jabatan.

7.

Menyelaras program latihan industri kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS.

8.

Menyelenggara laporan keberkesanan kursus yang dihadiri oleh kakitangan jabatan

9.

Menghebahkan dan mengurus tawaran-tawaran kursus anjuran agensi kerajaan dan swasta.

10.

Mencetak sijil penyertaan & sijil penghargaan (peserta & penceramah) kursus yang dianjurkan.

11.

Melaksanakan program orentasi bagi anggota baharu dan pegawai pertukaran yang ditempatkan di jabatan

Ketua Bahagian

Puan Noraffinie Binti Norwen

KETUA SEKTOR

TPr Carolyn C. Tay

SEKTOR KAWALAN PEMBANGUNAN & PEJABAT CAWANGAN

PENGENALAN

Memastikan perancangan dan pembangunan tanah di daerah-daerah membangun dengan cara teratur, progresif dan mampan selaras dengan polisi Kerajaan dan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

SENARAI FUNGSI

NEGERI

 

 

DAERAH

 

 

TEMPATAN

Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan/Agensi Teknikal, Badan Berkanun atau orang awam berkaitan aspek syarat teknikal bagi cadangan perancangan dan pembangunan di kawasan PBT yang terlibat.

SENARAI FUNGSI

BAHAGIAN KOTA KINABALU, BEAUFORT DAN PEJABAT CAWANGAN (KENINGAU, TAWAU, SANDAKAN DAN KOTA MARUDU)

1. 

Memberi khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan-Jabatan Teknikal, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau orang awam berkaitan aspek teknikal cadangan pembangunan.

2. 

Memastikan pelan pembangunan melibatkan sektor perumahan, perniagaan, perindustrian, pertanian, pembangunan bercampur dan lain-lain yang disemak mengikut piawaian perancangan dan tempoh piagam yang telah ditetapkan.

3. 

Memproses permohonan melibatkan perihal tanah seperti permohonan tanah, pelanjutan tanah, tambah syarat, tukar syarat, pengambilan tanah, percantuman tanah, pecah bahagi dan serah balik tanah, pecah sempadan dan lain-lain yang disemak mengikut piawaian perancangan dan tempoh piagam yang telah ditetapkan.

4. 

Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan yang dipanjangkan oleh Sekretariat Majlis Perancang Negeri (MPN) seperti permohonan Interim Development Approval (IDA), permohonan Planning Brief dan lain-lain yang disemak mengikut piawaian dan pekeliling MPN serta mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan.

5. 

Memberi ulasan teknikal permohonan lain seperti pemohonan ulasan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada JPAS, permohonan lesen pengilang daripada

6. 

Menjadi ahli Jawatankuasa Tetap bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan Pembangunan bagi semua Daerah.

7. 

Melaksanakan kajian lapangan, Kajian Perancangan di tapak Cadangan pembangunnan untuk mendapatkan maklumat tambahan di tapak.

SEKRETARIAT MAJLIS PERANCANG NEGERI (MPN)

PENGENALAN

Memproses Permohonan Interim Development (IDA), Material Change of Use dan Pengemaskinian Zon berdasarkan syarat tanah selaras dengan Peruntukan Seksyen 15, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

SENARAI FUNGSI

NEGERI

Menyampaikan dasar-dasar yang berkaitan dengan perancangan dan Pembangunan di Negeri Sabah. (Melalui Pekeliling Majlis Perancang Negeri)

 

DAERAH

Memproses pengemukaan Draf Skim Perancangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dibentangkan dan diterima (adopt) oleh Majlis Perancang Negeri berdasarkan Sekdyen 8 dan 9, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

TEMPATAN

Memproses permohonan Interim Development Approval (IDA), Material Change of Use yang diterima daripada 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras prosedur Quickfix.

SENARAI FUNGSI

SEKRETARIAT MAJLIS PERANCANG NEGERI (MPN)

1.

Interim Development Approval (IDA), Material Change of Use dan Pelan Pembangunan yang diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan prosedur Quickfix yang telah ditetapkan.

2.

Memproses permohonan pengemaskinian zon guna tanah berdasarkan syarat tanah yang diterima daripada pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan Pekeliling MPN No.1/2025.

3.

Membentangkan draf skim perancangan yang diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan peruntukan Seksyen 9, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).

4.

Membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan isu-isu perancangan bandar dan wilayah di Negeri Sabah.

5.

Melaksana kerja lapangan iaitu lawatan tapak bagi permohonan yang kritikal yang memerlukan maklumat tambahan untuk pertimbangan syor ulasan teknikal bagi permohonan Material Penggunaan Tanah.

6.

Melaksana tugas-tugas khas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

KETUA BAHAGIAN

Encik Jelwin Jeneral

BAHAGIAN KORPORAT

PENGENALAN

Bahagian Korporat berperanan secara langsung dalam perkhidmatan korporat Jabatan iaitu menyelaras proses perancangan, pembangunan dan penilaian Pelan Strategik Jabatan. Bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan aktiviti perhubungan, promosi dan komunikasi korporat serta memastikan organisasi beroperasi dengan reputasi yang baik, komunikasi yang cekap dan memenuhi piawaian tadbir urus yang ditetapkan.

SENARAI FUNGSI

Bahagian Korporat

1

Menyelaras, menyedia, memantau dan melapor pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan (PSJ) yang berdaya laksana dan mencapai visi dan misi Jabatan.

2

Menyelaras, menyelia, memantau dan melapor pelaksanaan serta pematuhan Manual Prosedur Kerja (MPK) Jabatan agar selari dengan visi dan misi Jabatan.

3

Menyelaras, memantau dan melapor KPI Jabatan yang ditetapkan.

4

Menyelaras dan menyedia sebaran maklumat dan hal ehwal perhubungan awam, mengurus perhubungan dengan wakil media, menyediakan kenyataan akhbar dan menyelaras sidang akhbar Jabatan.

5

Menyelaras, melaksana dan melapor kajian kepuasan pelanggan.

6

Mengurus, menyelaras dan menangani aduan serta maklum balas pelanggan dengan berkesan.

7

Menyelaras dan menyedia buletin tahunan JPBW.

8

Menyelaras dan menyedia bahan-bahan sebaran awam berkaitan perancangan seperti “coffee table”, risalah-risalah manual perancangan dan bahan media lain yang berkaitan.

9

Menyelaras dan menyedia Piagam Pelanggan serta Laporan Pencapaian Piagam Tahunan Jabatan.

10

Menyelaras dan menyedia info korporat dan laman web serta media sosial Jabatan.

11

Menyelaras dan melaksana tugas keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan seperti Jawatankuasa Teknikal Jabatan.

12

Mengurusetia dan memantau pelaksanaan sesi kunjungan hormat kepada Pengarah JPBW oleh agensi kerajaan dan swasta.

13

Merancang, menyelaras dan mengurus perolehan serta permohonan cenderamata JPBW kepada pelawat dalam dan luar negara dan kepada peserta / pengunjung bagi aktiviti-aktiviti anjuran JPBW.

KETUA BAHAGIAN

Encik Danny Gaery F. Malinggi

LOKASI

 

Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah (JPBW) Blok B,

Tingkat 3,4 & 5, KM 2.4, Jalan Tuaran, Karamunsing,

88646 Kota Kinabalu, Sabah

No Tel/ No Faks: 

+6088 – 222031 | +6088 – 222336 | +6088 – 222337

 

Emel: 

JPBW@sabah.gov.my

WAKTU PEJABAT

 

  • Hari Bekerja: Isnin – Jumaat
  • Masa Bekerja: 8.00 am – 17:00 pm
  • Waktu Rehat: 13:00 – 14:00
  • Cuti: Sabtu , Ahad, dan Cuti Umum.
SMJ-White

“SABAH MAJU JAYA”

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah

wpChatIcon
wpChatIcon
Skip to content