Bagi memastikan pembangunan di sesebuah daerah adalah terancang dan teratur, setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu pelan perancangan zon gunatanah di daerah masing-masing. Penyediaan ini adalah termaktub dalam Seksyen 6, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141). Sehubungan dengan itu, pelan perancangan induk gunatanah yang disediakan oleh PBT adalah dikenali sebagai skim perancangan. Untuk memahami lebih lanjut mengenai skim perancangan, sila ke halaman ini untuk maklumat lebih mendalam mengenai penyediaan dan kepentingan skim perancangan.