Sabtu lalu, telah berlangsung program Team Building yang dihadiri oleh kakitangan JPBW dari ibu pejabat dan ketiga-tiga pejabat cawangan JPBW yang berada di Sandakan, Tawau dan Keningau.
Program ini dianjurkan di The Adventure Centre, Kiulu. Matlamat aktiviti ini adalah untuk membina rangkaian sosial dan mengerat hubungan sesama kakitangan agar kakitangan JPBW saling mendorong antara satu sama lain untuk mencapai matlamat atau KPI jabatan. Ianya juga untuk memupuk semangat berkumpulan dan melatih kakitangan untuk sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain.