Program Ihya Ramadan 2025

14 MAC 2025 / 13 RAMADAN 1446H (JUMAAT)
PROGRAM IHYA RAMADAN 1446H (TAHUN 2025) : Tazkirah Ramadan “Sedekah Pembuka Pintu Rezeki”
 
Badan Kebajikan Islam (BKI) Sesi 2025/2026 telah mengambil inisiatif dengan menjemput Dr. Abuayubul Ansari Ibramsha atau dikenali
sebagai Abang Abu untuk memberikan tazkirah mengenai “Sedekah Pembuka Pintu Rezeki” bertempat di Bilik Mesyuarat JPBW, Tingkat 3,
Blok B, Wisma Tun Fuad Stephens. Aktiviti tersebut adalah sebagai tambahan pengisian bagi program Penerangan Ringkas Ibadah Zakat
Pendapatan / Penggajian oleh pihak Zakat Sabah oleh Ustaz Ahmad Rusyaidi bin Jamiun. Selain itu, pihak Zakat Sabah juga telah membuat
semakan gaji pegawai-pegawai untuk taksiran zakat penggajian dan kaunter pembayaran Zakat Fitrah turut dilaksanakan.
wpChatIcon
wpChatIcon