Laman Utama / Penerbitan / Pelan Daerah dan Pelan Tempatan
PELAN DAERAH DAN PELAN TEMPATAN
Skim-skim Perancangan (Planning Schemes) merupakan pelan induk perancangan gunatanah yang mengandungi zon-zon gunatanah bagi kawasan-kawasan yang dikehendaki di setiap daerah di Sabah. Terdapat dua jenis skim perancangan iaitu Pelan Daerah dan Pelan Tempatan. Secara amnya, Pelan Daerah (District Plan) merangkumi keseluruhan daerah tersebut termasuklah kawasan perairannya (sekiranya daerah tersebut termasuk kawasan laut). Manakala, Pelan Tempatan (Local Plan) merangkumi kawasan tumpuan pembangunan seperti di kawasan bandar dan pekan.
Seperti contoh yang dipaparkan di atas, zon-zon gunatanah yang digunapakai dalam skim perancangan datang dalam skim warna berbeza bagi menunjukkan jenis aktiviti pembangunan yang dibenarkan di kawasan-kawasan dalam lingkungan skim perancangan.
Seperti contoh yang dipaparkan di atas, zon-zon gunatanah yang digunapakai dalam skim perancangan datang dalam skim warna berbeza bagi menunjukkan jenis aktiviti pembangunan yang dibenarkan di kawasan-kawasan dalam lingkungan skim perancangan.
Secara amnya, skim perancangan merupakan pelan induk perancangan gunatanah di setiap daerah di Sabah. Skim perancangan ini diperlukan bagi memastikan sebarang pembangunan yang dilaksanakan adalah terkawal dan selaras dengan zon-zon gunatanah yang terkandung dalam skim perancangan. Berikut adalah antara faktor-faktor utama sebarang pembangunan harus sejajar dengan skim perancangan diperlukan di Sabah:
Berdasarkan kepada Seksyen 6, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141), proses penyediaan Skim-skim Perancangan adalah dipertanggungjawabkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah masing-masing. Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu adalah bertanggungjawab untuk ,menyediakan skim perancangan di daerah Kota Kinabalu. Begitu juga di Majlis Daerah Nabawan di mana sebagai PBT di daerah Nabawan, ia juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan skim perancangan di daerah berkenaan. Proses penyediaan skim perancangan terbahagi kepada lima (5) fasa seperti berikut berdasarkan kepada Ordinan:
Sehingga kini, terdapat sekurang-kurangnya 25 Pelan Daerah dan 45 Pelan Tempatan yang telah disediakan sebagai panduan kawalan pembangunan.
Tempoh yang diperuntukkan adalah selama 6 hingga 12 bulan dan ia bergantung kepada faktor seperti keluasan sesuatu daerah atau kawasan tumpuan tersebut.
Tanggungjawab penyediaan skim perancangan adalah jatuh kepada Pihak Berkuasa Tempatan di setiap daerah di Sabah. Walaubagaimanapun, JPBW berperanan bagi memastikan skim perancangan yang disediakan oleh PBT adalah selaras dengan dasar-dasar dan cadangan-cadangan yang terkandung dalam Pelan Struktur Negeri. Tambahan, perkara-perkara lain seperti penggunaan skim warna untuk zon-zon gunatanah adalah diselaraskan dan ditetapkan oleh JPBW bagi memastikan keseragaman. Sebagai tambahan, JPBW juga diberi mandat oleh kebanyakkan PBT di Sabah untuk menyediakan skim-skim perancangan bagi pihak mereka.
Tempoh yang diberikan adalah bergantung kepada budi bicara PBT berkenaan.
Ya. Seksyen 7, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141) memberi peluang kepada orang awam untuk memeriksa dan memberi bantahan (sekiranya ada) dan cadangan terhadap draf skim perancangan yang disediakan.
Anda boleh berhubung dengan Pihak Berkuasa Tempatan di daerah anda untuk mengetahui status penyediaan skim perancangan di kawasan yang dikehendaki.
Tempoh perlaksanaan sesuatu skim perancangan adalah selama 5 tahun. Dalam erti kata lain, skim perancangan biasanya disemak semula setiap 5 tahun dengan mengambilkira perubahan seperti maklumat statistik terkini dan dasar-dasar dan cadangan-cadangan Kerajaan, terutamanya yang terkandung dalam Pelan Struktur Negeri.
Ya. Anda digalakkan untuk mengetahui zon gunatanah yang dikuatkuasakan di kawasan tanah anda agar pembangunan yang dirancang adalah selaras dengan skim perancangan di kawasan tersebut.
Sebagai makluman, setiap skim perancangan adalah disertakan dengan dokumen sokongan yang mengandungi syarat-syarat tambahan mengenai perancangan di kawasan-kawasan yang merangkumi skim perancangan tersebut.
Skim perancangan yang telah diwartakan di bawah Seksyen 10, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141) akan diedarkan untuk pemeriksaan awam dengan budi bicara PBT.
LOKASI
Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah (JPBW) Blok B,
Tingkat 3,4 & 5, KM 2.4, Jalan Tuaran, Karamunsing,
88646 Kota Kinabalu, Sabah
No Tel/ No Faks:
+6088 – 222031 | +6088 – 222336 | +6088 – 222337
Emel:
JPBW@sabah.gov.my
WAKTU PEJABAT
“SABAH MAJU JAYA”
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah
