PROGRAM IHYA RAMADAN 1446H (TAHUN 2025) : Pengagihan Bubur Lambuk dan Iftar Jamaie (berbuka puasa beramai-ramai)
Julung kalinya, Badan Kebajikan Islam (BKI) Sesi 2025/2026 telah mengadakan usahasama dengan Pegawai-Pegawai Khidmat Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan 1 melaksanakan pengisian aktiviti bagi Program Ihya Ramadan 1446H iaitu Pengagihan Sedekan Bubur Lambuk kepada semua Warga JPBW yang disampaikan oleh YBrs. Tuan TPr Augus Tamaning, Pengarah JPBW diiringi oleh Pn. Hajah Noraffinie binti Norwen selaku Pengerusi BKI Sesi 2025/2026. Sekaligus Majlis Berbuka Puasa (Iftar Jamaie) secara juadah bawaan “Potluck” turut diadakan untuk mengeratkan lagi persaudaraan (silaturahim) di kalangan Warga JPBW.