Laman Utama / Info Jabatan / Peranan & Bahagian Jabatan
Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan urusetia dan penyelaras fungsi jabatan yang meliputi urusan-urusan kakitangan, hal-hal kewangan jabatan, penyimpanan fail dan maklumat, pentadbiran jabatan serta pengurusan Unit Integriti.
Pegawai Tadbir
Encik Awang Samad Bin Kamin
Penolong Pegawai Tadbir
Puan Mariaty John Chuan
Penolong Akauntan
Encik Muhammad Khalid Bin Yunus
Menyelaras, merangka dan memperkukuh hala tuju pembangunan fizikal Negeri Sabah melalui penyediaan dasar, dokumen perancangan, penyelidikan serta pengurusan sistem maklumat perancangan secara bersepadu di peringkat negeri.
Memperkukuh sistem pembangunan fizikal melalui data spatial menyeluruh bagi memastikan perancangan berkualiti dan terancang selaras dengan matlamat negeri.
Menyediakan Pelan Struktur Negeri (PSN) bagi kerajaan Negeri untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan guna tanah di Wilayah Sabah.
Menyediakan Skim Perancangan iaitu Pelan Daerah untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan pembangunan meliputi satu Daerah.
Menyediakan Skim Perancangan iaitu Pelan Tempatan untuk dijadikan paduan strategik mengenai pemajuan dan pembangunan dalam kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan keperluan penyediaan Skim Perancangan selaras Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141). |
Menyedia dan mengkaji semula Skim Perancangan (SP) di bawah Seksyen 6, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap. 141). |
Membantu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tindakan terhadap penyelarasan semula Skim Perancangan di bawah Seksyen 6(5), Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141). |
Membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam proses urusan publisiti awam dan bantahan bagi penyediaan skim perancangan di bawah seksyen 7, Ordinan Sabah Cap.141. |
Membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam proses pewartaan skim peracangan di bawah seksyen 6, 7 dan 10, Sabah Cap.141. |
Menyediakan Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4C, Ordinan Sabah Cap.141. |
Menyelaras, memantau dan membuat pindaan terhadap Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4F, Ordinan Sabah Cap.141. |
Mengurus proses urusan publisiti awam dan bantahan awam bagi penyediaan Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4(d), Ordinan Sabah Cap.141. |
Mengurus proses pewartaan Pelan Struktur Negeri (PSN) di bawah seksyen 4E, Ordinan Sabah Cap.141. |
Ketua Bahagian
Encik Leon Luiz Lakim
Mentadbir urus pembangunan data geospatial guna tanah merangkumi perancangan bandar bagi seluruh Negeri Sabah ke arah sistem maklumat guna tanah bersepadu dan mengurus pengendalian infrastruktur perkhidmatan ICT jabatan selaras dengan saranan kerajaan negeri iaitu penyampaian.
Membangun data geospatial dan guna tanah semasa bagi seluruh Negeri Sabah.
Membangun data-data geospatial perancangan komited dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
Mengurus keperluan perkakasan dan perisian ICT, pembangunan sistem dan penyelenggaraan peralatan ICT Jabatan.
1. | Mengurus dan mengemaskini data guna tanah serta pangkalan data geospatial Jabatan. |
2. | Mentadbir Sistem Maklumat Guna Tanah dan lapisan data GIS Jabatan. Menyelaras perkongsian dan kolaborasi data geospatial dengan agensi berkaitan. |
3. | Membekalkan maklumat guna tanah, zon tanah dan data geospatial kepada pengguna. |
4. | Menyediakan statistik pembangunan, analisis spatial dan khidmat nasihat teknikal GIS. |
5. | Melaksanakan kajian lapangan bagi pengesahan dan pengemaskinian data guna tanah. |
1. | Mengurus dan menambah baik perkhidmatan ICT Jabatan merangkumi perkakasan, perisian, aplikasi dan pangkalan data. |
2. | Menyelaras keperluan belanjawan, perolehan dan penyelenggaraan ICT Jabatan. |
3. | Mengurus sokongan teknikal, aduan ICT, emel, web hosting, peralatan dan perkhidmatan pengguna. |
4. | Menyelaras pembangunan, penyelenggaraan dan penambahbaikan sistem aplikasi Jabatan. |
5. | Mengurus tadbir keselamatan ICT, akses sistem dan pematuhan pelaksanaan ICT Jabatan. |
6. | Melaksanakan penyelarasan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Jabatan. |
Ketua Bahagian
Encik Hor Sin Hong
Menjalankan kajian penyelidikan dan mengemaskini peruntukan undang-undang Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan keperluan releven semasa bagi memastikan pelaksanaan pembangunan perancangan bandar di Negeri Sabah sentiasa efektif.
Mengemaskini peruntukan undang-undang Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan keperluan semasa.
Mengemaskini peruntukan undang-undang Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan keperluan semasa.
Menyelaras pengurusan kualiti dan rangka kerja korporat Jabatan serta pengendalian peningkatan kompetensi profesion Perancang Bandar
1. | Menjalankan kajian penyelidikan melibatkan dasar-dasar perundangan dan aspek-aspek keperluan teknikal berkaitan dengan perancangan dan pembangunan guna tanah. |
2. | Mengkaji semula dokumen memorandum, garis panduan, manual dan piawaian perancangan selaras dengan keperluan semasa. |
3. | Mengemaskini peruntukan undang-undang dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141) selaras dengan relevan peruntukan undang-undang terkini. |
4. | Menggubal dan meminda kaedah-kaedah perancangan yang termaktub dalam Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141). |
1. | Merangka pelaksanaan kajian berkaitan dengan bandar mampan, bandar selamat, bandar rendah karbon, bandar pintar dan bandar hijau. |
2. | Menyediakan dokumen manual dan garis panduan berkaitan dengan konsep perancangan bandar berdasarkan penemuan penyelidikan yang telah dilaksanakan. |
3. | Melaksana inisiatif-inisiatif program melibatkan penentuan indikator dan kriteria bagi kemapanan bandar seperti mengadakan kajian perintis bandar mampan dalam Negeri Sabah. |
Ketua Bahagian
Encik Melfeond Joe Micheal
Merancang, menyelaras, dan melaksana program pembangunan kapasiti serta kompetensi. Ia memastikan setiap penjawat awam dilengkapi dengan kemahiran, pengetahuan, dan sikap profesional yang diperlukan untuk menyampaikan perkhidmatan awam yang cemerlang dan berkesan.
–
–
Membangunkan kompetensi, kemahiran dan profesionalisme anggota organisasi melalui perancangan serta pelaksanaan program latihan.
1. | Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan.
|
2. | Mengambil gambar dan video bagi aktiviti-aktiviti/program jabatan. |
3. | Menyelaras dan melaksanakan pengurusan dan program jabatan. |
4. | · Mengenal pasti, merancang, mengurus program latihan tahunan bagi kakitangan jabatan. |
5. | Mengenal pasti, merancang dan mengurus program latihan kakitangan yang mengambil peperiksaan jabatan. |
6. | Mengenal pasti, merancang dan mengurus penyediaan kertas soalan peperiksaan jabatan. |
7. | Menyelaras program latihan industri kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS. |
8. | Menyelenggara laporan keberkesanan kursus yang dihadiri oleh kakitangan jabatan |
9. | Menghebahkan dan mengurus tawaran-tawaran kursus anjuran agensi kerajaan dan swasta. |
10. | Mencetak sijil penyertaan & sijil penghargaan (peserta & penceramah) kursus yang dianjurkan. |
11. | Melaksanakan program orentasi bagi anggota baharu dan pegawai pertukaran yang ditempatkan di jabatan |
Ketua Bahagian
Puan Noraffinie Binti Norwen
Memastikan perancangan dan pembangunan tanah di daerah-daerah membangun dengan cara teratur, progresif dan mampan selaras dengan polisi Kerajaan dan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).
–
–
Memberi khidmat nasihat teknikal kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan/Agensi Teknikal, Badan Berkanun atau orang awam berkaitan aspek syarat teknikal bagi cadangan perancangan dan pembangunan di kawasan PBT yang terlibat.
1. | Memberi khidmat nasihat kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan-Jabatan Teknikal, Agensi-Agensi Kerajaan, Badan Berkanun atau orang awam berkaitan aspek teknikal cadangan pembangunan. |
2. | Memastikan pelan pembangunan melibatkan sektor perumahan, perniagaan, perindustrian, pertanian, pembangunan bercampur dan lain-lain yang disemak mengikut piawaian perancangan dan tempoh piagam yang telah ditetapkan. |
3. | Memproses permohonan melibatkan perihal tanah seperti permohonan tanah, pelanjutan tanah, tambah syarat, tukar syarat, pengambilan tanah, percantuman tanah, pecah bahagi dan serah balik tanah, pecah sempadan dan lain-lain yang disemak mengikut piawaian perancangan dan tempoh piagam yang telah ditetapkan. |
4. | Memberi ulasan teknikal terhadap permohonan yang dipanjangkan oleh Sekretariat Majlis Perancang Negeri (MPN) seperti permohonan Interim Development Approval (IDA), permohonan Planning Brief dan lain-lain yang disemak mengikut piawaian dan pekeliling MPN serta mengikut tempoh piagam yang telah ditetapkan. |
5. | Memberi ulasan teknikal permohonan lain seperti pemohonan ulasan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada JPAS, permohonan lesen pengilang daripada |
6. | Menjadi ahli Jawatankuasa Tetap bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar dan Pelan Pembangunan bagi semua Daerah. |
7. | Melaksanakan kajian lapangan, Kajian Perancangan di tapak Cadangan pembangunnan untuk mendapatkan maklumat tambahan di tapak. |
Memproses Permohonan Interim Development (IDA), Material Change of Use dan Pengemaskinian Zon berdasarkan syarat tanah selaras dengan Peruntukan Seksyen 15, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).
Menyampaikan dasar-dasar yang berkaitan dengan perancangan dan Pembangunan di Negeri Sabah. (Melalui Pekeliling Majlis Perancang Negeri)
Memproses pengemukaan Draf Skim Perancangan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk dibentangkan dan diterima (adopt) oleh Majlis Perancang Negeri berdasarkan Sekdyen 8 dan 9, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141).
Memproses permohonan Interim Development Approval (IDA), Material Change of Use yang diterima daripada 26 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras prosedur Quickfix.
1. | Interim Development Approval (IDA), Material Change of Use dan Pelan Pembangunan yang diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan prosedur Quickfix yang telah ditetapkan. |
2. | Memproses permohonan pengemaskinian zon guna tanah berdasarkan syarat tanah yang diterima daripada pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan Pekeliling MPN No.1/2025. |
3. | Membentangkan draf skim perancangan yang diterima daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan peruntukan Seksyen 9, Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Sabah Cap.141). |
4. | Membentangkan kertas kerja yang berkaitan dengan isu-isu perancangan bandar dan wilayah di Negeri Sabah. |
5. | Melaksana kerja lapangan iaitu lawatan tapak bagi permohonan yang kritikal yang memerlukan maklumat tambahan untuk pertimbangan syor ulasan teknikal bagi permohonan Material Penggunaan Tanah. |
6. | Melaksana tugas-tugas khas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa. |
Bahagian Korporat berperanan secara langsung dalam perkhidmatan korporat Jabatan iaitu menyelaras proses perancangan, pembangunan dan penilaian Pelan Strategik Jabatan. Bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan aktiviti perhubungan, promosi dan komunikasi korporat serta memastikan organisasi beroperasi dengan reputasi yang baik, komunikasi yang cekap dan memenuhi piawaian tadbir urus yang ditetapkan.
1 | Menyelaras, menyedia, memantau dan melapor pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan (PSJ) yang berdaya laksana dan mencapai visi dan misi Jabatan. |
2 | Menyelaras, menyelia, memantau dan melapor pelaksanaan serta pematuhan Manual Prosedur Kerja (MPK) Jabatan agar selari dengan visi dan misi Jabatan. |
3 | Menyelaras, memantau dan melapor KPI Jabatan yang ditetapkan. |
4 | Menyelaras dan menyedia sebaran maklumat dan hal ehwal perhubungan awam, mengurus perhubungan dengan wakil media, menyediakan kenyataan akhbar dan menyelaras sidang akhbar Jabatan. |
5 | Menyelaras, melaksana dan melapor kajian kepuasan pelanggan. |
6 | Mengurus, menyelaras dan menangani aduan serta maklum balas pelanggan dengan berkesan. |
7 | Menyelaras dan menyedia buletin tahunan JPBW. |
8 | Menyelaras dan menyedia bahan-bahan sebaran awam berkaitan perancangan seperti “coffee table”, risalah-risalah manual perancangan dan bahan media lain yang berkaitan. |
9 | Menyelaras dan menyedia Piagam Pelanggan serta Laporan Pencapaian Piagam Tahunan Jabatan. |
10 | Menyelaras dan menyedia info korporat dan laman web serta media sosial Jabatan. |
11 | Menyelaras dan melaksana tugas keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat utama Jabatan seperti Jawatankuasa Teknikal Jabatan. |
12 | Mengurusetia dan memantau pelaksanaan sesi kunjungan hormat kepada Pengarah JPBW oleh agensi kerajaan dan swasta. |
13 | Merancang, menyelaras dan mengurus perolehan serta permohonan cenderamata JPBW kepada pelawat dalam dan luar negara dan kepada peserta / pengunjung bagi aktiviti-aktiviti anjuran JPBW. |
LOKASI
Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah (JPBW) Blok B,
Tingkat 3,4 & 5, KM 2.4, Jalan Tuaran, Karamunsing,
88646 Kota Kinabalu, Sabah
No Tel/ No Faks:
+6088 – 222031 | +6088 – 222336 | +6088 – 222337
Emel:
JPBW@sabah.gov.my
WAKTU PEJABAT
“SABAH MAJU JAYA”
Hak Cipta Terpelihara © 2026 Jabatan Perancang Bandar & Wilayah Sabah
